Di mana pemuda Kahfi?


Di kala Islam sedang hebat dilanda fitnah dan cabaran di mana pihak2 'sana' sedang giat dan berhabisan menjatuhkan Islam dan ummatnya, pemuda di sini masih asyik dengan dunia mereka.

Pemuda-pemuda Islam kini lebih gemar berbincang tentang fashion, cinta, masa depan yang so-called kerjaya, gadgets dan pelbagai lagi kegiatan duniawi. Izinkan saya meluahkan perasaan.. I'M SICK. Seriously, I'M SICK.

Sahabat-sahabatku,
Apakah kita sedar bahawa Islam kini sudah tersangat lemah? Lupakah kita akan sejarah Islam yang gilang gemilang, pernah menakluk 2/3 dunia bahkan negara-negara Islam unggul mempunyai pelbagai monumen yang menjadi kebanggaan?

Aduhai.... Kini, monumen2 itu telah dimusnah kan, ummat Islam pula dihina, dipijak bahkan digelar sebagai pengganas. Kita di mata dunia--- SEPERTI AGAMA PALING RENDAH. TIDAKKAH KALIAN SEDAR?! I have been there. I asked people-non-muslim- whats their opinion about Islam? Rata-rata cakap, ISLAM IS TERRORISM, EXTREMIST, TAK BEBAS dan SCARY. Yes, scary. Apabila berbicara tentang jubah dan janggut, di mata mereka, lelaki-lelaki ini adalah pengganas dan perogol. Walhal, kita arif sekali bahawa Islam ini agama paling indah dan sempurna. Agama aman!

Jubah, serban dan janggut juga sudah jadi lambang keganasan. Padahal di zaman kegemilangan Islam, jubah itu menjadi pakaian mewah yang dibangga-banggakan dunia termasuk Barat.

Tapi di mana kedudukan Islam sekarang ni? Isu utamanya, adakah kita aware atau tidak? Sedarkah kita di mana Islam sekarang?

Lalu kita, sebagai penganut Islam, apa yang sudah kita lakukan untuk membela agama Allah yang mulia ini? Mana peranan kita?! Tatkala Iblis merendah-rendahkan kerana Allah memilih untuk mencipta kita sebagai khalifah di muka bumi, Allah membela kita. Bahkan, Allah mengangkat darjat kita dengan menyuruh malaikat sujud kepada kita. Dengan kurniaan akal, kita dilebihkan dari makhluk lain di muka bumi ini! Wahai! Lalu mengapa kita sia-siakan semua itu?! Mana janji kita di hadapan Allah?! Mengapa kita tidak berusaha membela agama ini dan mengembalikan hak Allah?!


Allahu Allah... Urut dada melihat list konsert-konsert yang bakal berlangsung di Malaysia. Melihat timeline di media-media sosial juga..... Mengecewakan sekali. Mengapa urusan dunia menjadi keutamaan kalian? Seringkali, gambar-gambar 'selfie', ootd, makanan mewah etc dimuat naik. Apa significant-nya? Adakah ia membantu ummat Islam yang sedang tenat ini?


Seringkali yang dibincang di media sosial adalah tentang cinta cinta cinta cinta. Kemudian, gadget terbaru. Lagi, apa yang artis tanah air sedang lakukan. SERIOUSLY, PEOPLE?! COME ON. Are those the only things in your mind? Please, I'm begging--lets back to Allah, to the teaching of the Prophet SAW and to the real practice of Islam....

Tahukah kita....

Mereka di Syria, Palestine dan Mesir sedang berjuang untuk ummat Islam. Mereka berjuang untuk menegakkan agama Islam dengan darah dan harta mereka. Biarpun anak2 mereka kelaparan, dibom, disembelih dan sebagainya, mereka tetap meneruskan perjuangan demi mempertahankan agama Allah.

Bagaimana dengan kita? Mengapa kita tidak turut sama bangkit membela agama Allah di kala mereka memijak2 dan memfitnah agama kita? Tidak terkesankah kita walau sedikit? Atau mungkin kita rela Islam terus terkubur? Atau apakah kita sudah terlalu selesa dalam dunia sendiri hingga merasakan tidak ada keperluan untuk hirau apa yg terjadi di luar? Iyelah, sudah sangat selesa dan seronok dengan kehidupan sekarang... Hingga terlupa akan kehidupan yang lebih kekal. Bahkan ada antara kita secara tidak langsung, menjadi antara penyumbang kepada agenda-agenda menjatuhkan Islam(makan mekdi contohnya)...





Lihatlah sahabatku! Mereka menahan sakit, bermandi darah demi Allah dan agama ini!




Lihat! Mereka membiarkan anak kelaparan, dibom dan diseksa demi untuk terus berjuang untuk agama ini! Lihatlah sahabatku! Anak sekecil ini pun tahu membela hak Allah! Malulah kita.


Apakah kalian tegar mensia-siakan perjuangan ar Rasul SAW, darah dan pengorbanan para sahabat? Tegarkah kalian mensia-siakan perjuangan saudara-saudara kita di Mesir, Syria dan Palestin?

Hanya kerana kita punya sofa empuk, tilam selesa, penghawa dingin dan perut penuh diisi dengan makanan mewah, kita jadi lena diulit mimpi... TERLALU LENA HINGGA LUPA-- LUPA SAUDARA KITA SEDANG DIBUNUH DAN AGAMA INI MAHU DIHAPUSKAN.

Ingatlah akan sabda Rasulullah s.a.w., “Sesiapa yang tidak mengambil tahu tentang urusan ummat Islam, maka ia tidak termasuk dari kalangan mereka. Sesiapa yang ada pada pagi dan petangnya tidak ikhlas kepada Allah dan RasulNya dan KitabNya dan pemimpinnya dan kepada umat Islam, maka ia tidak termasuk dari kalangan mereka (umat Islam).” (riwayat Thabrani)


Sahabat2 ku, renungi dan tanyalah pada diri, apakah sekecil itu kita melihat nikmat syahadah-- nikmat agama Islam ini? Apakah hanya kerana Islam yang ada pada kalian adalah Islam yang diwarisi, lantas kalian tidak menghargainya? Atau apakah hanya kerana janji syurga kepada orang yang pernah mengucpkan syahadah menyebabkan kalian kebal menahan api neraka yang sangkanya 'sekejap cuma'?


Kalian..... Tidakkah kalian sayang akan agama ini?
Apakah kalian melupai perjuangan baginda nabi kita SAW dan para sahabat?
Kalau lah kalian tahu bagaimana sakitnya memperjuangkan agama ini.....


Allahu Allah... Bangkitlah hai pemuda! Kita adalah harapan agama, harapan ummat! Pemuda adalah tunggak sesebuah negara. Jika lemah pemudanya, nescaya lemah lah sesebuah negara itu. Bangunlah, sedarlah bahawa cita-cita kalian yang kini hanyalah cita-cita keanak-anakan! Pemikiran kalian keanak-anakan! Cetek. Kecil dan rendah. Bangkitlah! Sedarlah dan sudah tiba masanya untuk kalian berhenti bermain-main dengan dunia dan mula mengejar kehidupan yang kekal.


Bangkitlah hai pemuda! Sudah tiba masanya untuk kalian bangkit dan menunaikan hak Allah!!