2014 is a brand new year?


Maka dua hari lepas, berdentam dentum dan berwarna warni lah langit... Manusia berpusu-pusu meraikan tahun baru. Dengan sorakan, ucapan selamat dan berbagai azam yang disenarai kan..

Tapi di satu sudut lain, sekumpulan manusia menyambut tahun baru dengan #TURUN berjuang menuntut hak dan keadilan. Dan bersepah-sepah juga manusia berduduk-duduk dengan meriahnya menyambut ilmu-ilmu yang mendekatkan lagi sang manusia dengan penciptaNya..

Negara Syria pun tidak kurang 'meriah'nya dengan kisah tahun baru mereka. Meriah dengan bunyi berdentam dentum. Tapi tidaklah berwarna warni.. Tapi lebih kepada lepasan bom dari sang so-called pemimpin yang begitu rakus membunuh rakyat sendiri...





Allahu.... Inikah dunia? Tempat para khalifah ditempatkan? Apakah kita ini sebenarnya sedang berbuat kerosakan pada bumi tanpa kita sedari?

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu? Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.

Surah al- Baqarah: ayat 30.

Apakah manusia sudah lupa akan tujuan penciptaannya? Apakah kita terlalu leka dan asyik dengan dunia hingga terlupa kampung sebenar kita?

Saya tertanya-tanya, atas tujuan apa tahun baru itu disambut? Atas dasar apa kita terlalu gembira dengan tahun yang baru?

Ingatlah, masa-masa yang berlalu itu tidak akan pernah memberi apa-apa makna dan erti sekiranya diri kita masih di takuk lama, masih diulit jahiliyyah! Bukankah setiap saat yang berlalu itu menghampirkan lagi kita pada kematian? Bukankah hari yang baru, tahun yang baru itu merupakan petanda bahawa masa kita sudah semakin suntuk?


Harapan itu selalu ada.. Pintu taubat senantiasa terbuka luas.. Tetaplah bangun untuk kali kesepuluh biar telah sembilan kali kita jatuh!

Hidup adalah tentang pilihan.. Life well or live hell, we choose.




No comments: